Posts

Showing posts from 2017

Cendol

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makanan yang saya pilih pada hari ini adalah Cendol. Cendol Untuk pengetahuan semua, Cendol adalah makanan pencuci mulut yang berasal dari Indonesia.  Ramuannya termasuk santan kelapa, jeli hijau yang panjang yang diperbuat daripada tepung beras dan pewarna hijau yang diperbuat daripada daun pandan, ais batu yang dikisar dan gula melaka. Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia.  Sekarang ia juga dihidangkan dengan aneka perisa tambahan seperti kacang merah, cincau, biji jagung dan nasi pulut.  Cara pemakanan baru cendol juga disajikan dengan isi durian dan nangka. Walaupun harga cendol yang disajikan dengan isi durian ini agak mahal, namun rasanya sangat tidak mengecewakan. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Ais Kacang

Image
Assalamualaikum semua! Hari ini saya akan membuat review tentang makanan penyejuk tekak yang sangat sedap. Ais Kacang Ais Kacang adalah satu juadah pencuci mulut yang popular di Malaysia.  Tradisionalnya, Ais Kacang dibuat daripada ais yang dikisar dan dicampur dengan kacang merah. Namun kini, ramuan Ais Kacang juga dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang mambuatkannya berwarna-warni. Biasanya ia dihidangkan dengan biji sawit, kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim.  Tambahan terakhir yang melengkapkan juadah ini adalah susu pekat, susu sejat dan/atau santan kelapa yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros.  Terdapat pelbagai versi Ais Kacang yang boleh didapati di serata Malaysia, dan ada yang menggantikan santan kelapa dengan gula Melaka. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Apam Balik

Image
Assalamualaikum semua.. Pada kali ini saya akan menceritakan tentang makanan yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Apam Balik Apam Balik, juga dikenali sebagai ban jian kuih (penkek yang diterbalikkan), adalah sejenis penkek yang leper dan sangat biasa dijumpai di kawasan Asia Tenggara.  Ia dijual secara meluas di gerai penjaja di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Bahan utama Apam Balik adalah tepung, santan kelapa, air, gula, telur dan soda penaik. Inti tradisional untuk Apam Balik termasuklah kacang yang dikisar dengan gula, kelapa hiris dan jagung manis.  Apa yang paling menarik ialah Apam Balik telah diisytiharkan sebagai makanan warisan oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Roti Canai

Image
Assalamualaikum semua :) Hari ini saya akan membuat review mengenai makanan yang popular untuk sarapan pagi bagi penduduk di Malaysia. Apa lagi kalau bukan.. Roti Canai. Roti Canai adalah sejenis roti leper India yang boleh didapati di kebanyakan kedai mamak di Malaysia. Kedai mamak terkenal dengan makanan India dan dijayakan oleh imigran Tamil Muslim yang telah lama menetap di Malaysia.  Roti Canai juga dikenali sebagai ‘roti terbang’ kerana proses lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Selain itu, Roti Canai juga dikenali sebagai penkek India. Biasanya Roti Canai dihidang bersama dengan kuah kacang dhal, atau aneka jenis kari di kedai mamak seperti kari ikan, kari ayam, kari kambing dan sebagainya. Ia juga boleh dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang menggemari makanan manis. Selain itu, terdapat banyak pilihan Roti Canai lain seperti Roti Telur, Roti Tisu yang nipis, roti bawang, roti telur bawang, roti pisang, roti planta yang sering di...

Yong Tau Fu

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini kita bertemu lagi dengan hidangan yang sedikit berbeza. Pada hari ini saya akan membuat review mengenai Yong Tau Fu. Yong Tau Fu Yong Tau Fu adalah sejenis makanan versi Cina, dimana makanan akan dicucuk dengan kayu kecil dan direndam ke dalam air mendidih atau sup panas sehingga masak. Kemudian ia boleh dinikmati dengan pelbagai pilihan sos. Biasanya ia dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa. Yong Tau Fu boleh didapati di gerai penjaja, pasar malam, medan selera dan di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia. Lok-Lok mengandungi pelbagai ramuan seperti kerang,  sosej, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng. credit to : http://www.tsemrinpoche.com/

Char Kuew Teow

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya akan membuat review mengenai Char Kuew Teow. Char Kuew Teow Char Kuew Teow adalah juadah yang tersohor di dunia yang boleh didapati di Malaysia dan Singapura.  Char Kuew Teow (mee leper) digoreng dengan kepanasan tinggi dengan sedikit kicap soya cair, kicap soya pekat, cili, sedikit pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.  Char Kuew Teow biasanya digoreng bersama dengan telur, potongan sosej, kek ikan, tauge dan lain-lain ramuan.  Hidangannya yang sarat dengan telur, isi kerang dan udang menambah kemanisan makanan ini. Char Kuew Teow dihidangkan di atas daun pisang di dalam pinggan untuk meningkatkan lagi aromanya.  Jadi, tersangatlah rugi bagi sesiapa yang tidak pernah merasai makanan yang lazat ini. Anda mesti mencubanya kerana Char Kuew Teow ini mudah didapati di warung atau restoran. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Kuey Teow Th’ng

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pada hari ini saya akan mengadakan review mengenai makanan traditional cina iaitu.....   Kuey Teow Th'ng Kuey Teow Th’ng atau lebih dikenali sebagai Kuet Teow Sup adalah sejenis makanan tradisional masyarakat Cina, iaitu Kuey Teow yang dihidang dalam mangkuk dengan sup ayam atau sup itik.  Ramuannya termasuk kek ikan, bebola ikan, hirisan daging ayam atau itik, potongan daun bawang, tauge dan disaji dengan sos cili.  Kelazatan juadah tradisional Malaysia ini memang tidak terkata dan terdapat juga versi vegetarian makanan ini. Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang untuk bercuti, anda mesti mencuba Kuey Teow Th’ng yang sangat terkenal dengan kelazatannya. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Laksa Penang

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) Harini makanan yang saya pilih adalah laksa penang. Laksa Penang Laksa Penang merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di  Malaysia  dan  Singapura . Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama  laksa  memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di  Pulau Pinang  di mana ia berasal. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa. Untuk pengetahuan semua, laksa penang adalah satu-satunya makanan di Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia. Info ni bukannya saya cipta sendiri2 tau. Saya memperolehnya daripada sumber internet. Laksa ini juga merupakan salah satu makanan yang saya gemari. Kemanisan dan kepedasan kuahnya menambah keenakannya. Jika anda ingin cuba memasaknya, silalah rujuk link  http://www.az...

Laksa Putih

Image
Assalamualaikum. Harini saya nak buat review tentang laksa di negara kita ni. Laksa yang saya pilih harini ialah..... Inilah dia laksa putih. Laksa ni merupakan laksa Terengganu. Bila hari perayaan menjelma, laksa putih merupakan antara menu utama di rumah. Ikan selayang merupakan bahan utama dalam penyediaan laksa putih ni. Kepadatan isi selayang menambahkan kemanisan kuah laksa tersebut. Laksa ni bertambah sedap apabila dimakan bersama belacan serta ulam ulaman. Mungkin sesetengah masyarakat tidak pernah menikmati laksa ini. Kalau anda mahu mencubanya, silalah rujuk link  http://nabihahsejutarasa.blogspot.my/2013/07/laksa-terengganu-laksa-kuah-putih.html  sebagai resepi laksa ini. Selamat mencuba. :)

Chee Cheong Fun

Image
Assalamualaikum. Hari ini saya akan membuat review mengenai makanan yang jarang didengari. Chee Cheong Fung Chee Cheong Fun adalah sejenis makanan mee gelung. Ia merupakan makanan Kantonis dan berasal dari China selatan dan Hong Kong. Di Malaysia dan Singapura, Chee Cheong Fun biasanya dihidang dengan sos soya manis berwarna hitam. Chee Cheong Fun versi Pulau Pinang pula menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti karamel. Di Ipoh, satu lagi daerah yang popular dengan makanan di Malaysia, Chee Cheong Fun biasanya dihidang dengan dua cara, kering atau bersos. Versi kering sering dihidangkan dengan bijian, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili.Versi bersos pula dihidangkan dengan kuah kari dan cendawan. Sesetengah lokasi mungkin mempunyai variasi cara penghidangannya. Anda dapat menikmati Chee Cheong Fun di mana-mana jua sekitar Malaysia. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah menikmati juadah ini. Namun, keunikannya ...

Kuih Nekbat

Image
Assalamualaikum semua. Kali ni saya akan mengadakan review mengenai kuih traditonal negara kita. Kuih nekbat. Kuih nekbat  merupakan sejenis  kuih  tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan  telur , yang popular di  Malaysia , terutama di Pantai Timur iaitu di  Kelantan  dan  Terengganu . Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air  gula  yang dimasak dengan  daun pandan  dan  cengkih  bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan be...

Otak-Otak

Image
Assalamualikum semua! Harini saya nak membuat review mengenai makanan tradisional negeri Johor. Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor." Makanan ini amat popular di negeri Johor terutama sekali daerah Kempas. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas. credit to: https://en.wikipedia.org/wiki/Otak-otak

Kek Lapis Sarawak

Image
Assalamualaikum. Harini saya nak buat review makanan orang Sarawak pula ye. Ini lah dia kek lapis Sarawak. Sarawak yang dikenali sebagai negeri Bumi Kenyalang mempunyai pelbagai makanan tradisional. Sarawak terkenal dengan makanan yang bermacam-macam jenis dengan pelbagai rasa. Makanan terkenal yang terdapat di Sarawak adalah seperti kek lapis Sarawak, mee kolok, laksa Sarawak, manok pansoh, mee dawai, umai dan lain-lain lagi. Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan corak kek.  Proses pembuatan kek ni tidak ter...

Pisang Goreng Chesee

Image
Assalamualaikum semua warga laman sosial sekalian. Hari ini saya akan meneruskan lagi blog saya mengenai review makanan. credit to: http://www.therakyatpost.com/ Pisang goreng cheese dah tidak asing lagi di Malaysia yang mana ianya sebelum ini adalah makanan minum petang yang biasa di negara Indonesia. Beberapa tahun kebelakangan ini idea manisan dari seberang ini telah mendapat tempat di hati warga Malaysia dan ianya terus berkembang dan mudah di dapati di mana-mana. credit to: http://www.kakgojes.com/2016/03/resepi-pisang-goreng-cheese-rainbow.html Baru-baru ini scroll gmbar gambar makanan di Google dan Instagram. Seronok bila dapat tengok gambar-gambar makanan yang pelbagai serta kelihatan sangat sedap. Apa yang saya hendak ceritakan di sini adalah tentang Pisang Goreng Cheese Rainbow. Memang nampak sedap dan menarik pisang goreng tu dengan warna-warninya. Saya teringin nak makan pisang goreng cheese ni. Tapi lagi seronok kalau kita buat sendiri je kan. Kan lag...

Roti Celup Telur

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Hari ini saya akan membuat review tentang makanan yang sangat mudah disediakan iaitu Roti Telur Ayam atau dikenali juga sebagai Roti Celup Telur. credit to: https://pencarimakan.com Roti celup telur ni kebiasannya terkenal sebagai bekal untuk anak anak ke sekolah. Proses pembuatannya yang mudah dan cepat amat sesuai dimasak oleh para ibu yang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan sarapan pagi oleh kerana kesibukan berkerja. Terdapat banyak jenis roti celup telur yang boleh disediakan. Ada yang menggunakan keju, sosej dan sebagainya.

Cek Mek Molek

Image
Kuih Cek Mek Molek ni merupakan antara kuih tradisi Melayu yang bukan sahaja mudah disediakan malah sangat sedap apabila dimakan. Kuih ni sangat popular di negeri Terengganu dan Kelantan. Ia disajikan tidak kira waktu, sama ada untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Tengok gambar pun sudah mengiurkan apatah lagi, apabila ia dimasukkan ke dalam mulut. Rasanya amat lazat. Kemanisan ubi keledek dan disertakan dengan gula melaka yang diletakkan di dalam kuih tersebut lebih meningkatkan tahap kesedapannya. Cara untuk membuat kuih ini sangat mudah.  Di bawah ini saya sertakan link sebagai rujukan jika anda hendak membuat kuih ini  http://www.aziekitchen.com/2011/10/kuih-cek-mek-molek.html Anda juga boleh melihat video di bawah ini sebagai rujukan untuk membuat kuih ini.

Kuih Sekaya

Image
Hai Assalamualaikum semua. Harini saya nak buat review tentang kuih sekaya. kuih sekaya Kuih ni sedap tau. Biasanya orang2 kampung suka buat kiih ni. Rasanya agak manis. Bila kuih ni masuk je dalam mulut, terasa kenikmatannya. 😅 Kuih ni nama dia kuih sekaya. Kuih ni banyak guna telur. Biasanya sekali kitaorang buat, guna berbelas belas jugak lah telur ayam. So anda semua boleh bayangkan tak bila telur dengan nisan yang telah diuancurkan kemudian dikukus dalam kukusan tu, perghh tasa dia... sedap. Lagi lagi bila makan dengan keluarga pada waktu petang. Jadi, anda semua boleh lah mencubanya di rumah. Kuih ni senang je nak buat. Ringkas je. Di bawah ni saya sertakan link yang boleh dijadikan resepi untuk membuat kuih sekaya ini. http://www.resepimudah.com/resepi/kuih-sekaya-terengganu-simple/

Sotong Celup Tepung

Image
Hai semua. Kali ni saya nak cerita pasal makanan laut iaitu sotong. Sotong celup tepung ni memang famous bagi sesetengah orang.  Ada satu kedai di Terengganu ni, nama warung tu warung Pok Nong. Kalau bercuti di Terengganu, kalau tak singgah warung Pok Nong ni memang tak sah. Perniagaan warung Pok Nong ni dalam sekitar 20 tahun dulu. Pernah sekali tu, warung Pok Nong ni pernah masuk tv. Rancangan jalan jalan cari makan.  Haaa sejak tu lah perniagaan Pok Nong ni makin maju. Kebiasaannya warung Pok Nong ni ramai pengunjung bila tibanya waktu cuti. Masa tu, memang kena beratur panjang kalau nak merasa sotong celup tepung ni.  Tapi, percayalah, anda semua akan berpuas hati dengan kelazatan sotong segar tu. Kalau anda inginkan resepinya, tekanlah link https://www.facebook.com/resepisedapsentiasa/?hc_ref=ART-WPixxqyflfrJroXAmRQ40lfNYlLwMfntwz8-_jOyG6B0CC_fKDEyLuXwakvgvqI

Ikan Bakar

Image
Hai semua! okay kali ni saya nak buat review tentang ikan bakar yang 'famous' kat area kuantan ni. credit to: http://mikahaziq.blogspot.my/ Haaa tu dia.. Tu lah antara menu wajib yang saya akan 'order' tau. Sotong celup tepung tu memang sejak azali lagi saya punya favourite. Biasalah, keluarga saya ni asalnya Terengganu. So, kalau cakap pasal ikan tepung ke sotong tepung ke memang familiar lah antara kami.  Bagi sesiapa yang teringin nak rasa sotong celup tepung ni, boleh lah ye datang ke Ana Ikan Bakar Petai. Kat tempat saya ni, restoran ni terletak kat Tanjung Lumpur. Kalau kat tempat lain tu saya tak pasti lah.. Hmm biasalah saya ni orang Kuantan, so apa apa pun cari makanan best best ni kat area sini je lah. Nak gi negeri luar pun kadang2 je lah. Tu pun kalau ada hal macam kenduri ke hantar abang kakak masuk asrama ke. credit to: https://www.tripadvisor.co.uk Jadi, ni lah tempat yang saya ceritakan tadi tu. Memang bila waktu malam, kereta p...

chicken chop

Image
Haa kali ni saya nak share pasal makanan yang saya selalu makan pulak ye.. Jeng jeng jeng.. credit to: http://lamanpahang.blogspot.my/ Haa nampak sedap kan chicken chop tu. Mungkin bagi anda semua yang gambar tu biasa biasa je. Tapi tiap tiap malam restoran tu memang sentiasa penuh dengan pegunjung. Kalau beratur tu memang makan masa lama lah. Bagi yang tahap kesabaran dia tu rendah, mohon banyak banyak lah bersabar ye. Hahaha tapi, haaa ada tapi pulak... kalau nak difikirkan, memang berbaloi lah harga chicken chop kat situ. RM5 je tau satu set chickrn chop tu. Ehh lupa pulak nak bagitahu tempat ni kat mana.. haa siapa pandai teka? jeng jeng jeng.. restoran ni terletak dekat teluk cempedak tau. Orang Kuantan memang boleh agak lah kalau kat teluk cempedak je, memang ramai orang, lagi2 waktu malam. Alang alang korang nak gi jalan jalan kat tepi pantai tu, boleh lah singgah dulu kat restoran ni ye...

Mango Cheesecake

Image
Hai Assalamualaikum semua! Pertama sekali saya nak memperkenalkan diri saya dulu.Okay... Blog ni merupakan blog pertama yang saya pernah buat.  Melalui blog ini, saya akan membuat review berkenaan makanan yang halal dan sedap. Nyum nyum!!Nama saya Anis Suraya Binti Zakaria. Haa... Macam nama artis kan. Hehe. Saya berasal dari Kuantan, Pahang. Sekarang, saya belajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Baru semester satu tau. Final exam nak dekat dah. Apa apa pun kita seronok seronok dulu sebab ramai orang kata yang kehidupan di matrikulasi ni best sangat kalau nak dibandingkan dengan zaman universiti.  Fuhh! Meleleh leleh air liur bila tengok gambar ni kan? Hehe. Kek ni merupakan salah satu kek kegemaran saya tau! Apa apa kek yang berkaitan dengan keju, semua saya suka. So, ini lah dia Mango Chesee Cake. credit to: http://zaranfamily.blogspot.my/ Haa fungsi saya kongsi gambar gambar di atas tu sebab saya nak bagi pendapat kalau tak berapa rajin...