Sotong Celup Tepung
Hai semua. Kali ni saya nak cerita pasal makanan laut iaitu sotong.
Sotong celup tepung ni memang famous bagi sesetengah orang.
Ada satu kedai di Terengganu ni, nama warung tu warung Pok Nong.
Kalau bercuti di Terengganu, kalau tak singgah warung Pok Nong ni memang tak sah.
Perniagaan warung Pok Nong ni dalam sekitar 20 tahun dulu.
Pernah sekali tu, warung Pok Nong ni pernah masuk tv. Rancangan jalan jalan cari makan.
Haaa sejak tu lah perniagaan Pok Nong ni makin maju.
Kebiasaannya warung Pok Nong ni ramai pengunjung bila tibanya waktu cuti. Masa tu, memang kena beratur panjang kalau nak merasa sotong celup tepung ni.
Tapi, percayalah, anda semua akan berpuas hati dengan kelazatan sotong segar tu.
Kalau anda inginkan resepinya, tekanlah link https://www.facebook.com/resepisedapsentiasa/?hc_ref=ART-WPixxqyflfrJroXAmRQ40lfNYlLwMfntwz8-_jOyG6B0CC_fKDEyLuXwakvgvqI
Comments
Post a Comment