Roti Canai

Assalamualaikum semua :)

Hari ini saya akan membuat review mengenai makanan yang popular untuk sarapan pagi bagi penduduk di Malaysia.

Apa lagi kalau bukan..

Roti Canai.

Roti Canai adalah sejenis roti leper India yang boleh didapati di kebanyakan kedai mamak di Malaysia. Kedai mamak terkenal dengan makanan India dan dijayakan oleh imigran Tamil Muslim yang telah lama menetap di Malaysia. 
Roti Canai juga dikenali sebagai ‘roti terbang’ kerana proses lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Selain itu, Roti Canai juga dikenali sebagai penkek India. Biasanya Roti Canai dihidang bersama dengan kuah kacang dhal, atau aneka jenis kari di kedai mamak seperti kari ikan, kari ayam, kari kambing dan sebagainya. Ia juga boleh dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang menggemari makanan manis.

Selain itu, terdapat banyak pilihan Roti Canai lain seperti Roti Telur, Roti Tisu yang nipis, roti bawang, roti telur bawang, roti pisang, roti planta yang sering dihidang dengan gula pasir, dan banyak lagi.

Saya pasti semestinya setiap lapisan masyarakat pernah merasai roti canai ini.
Tetapi, bagi sesiapa yang tidak pernah memakannya, anda perlu mendapatkannya segera! :)

credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Comments

Popular posts from this blog

Kek Lapis Sarawak

Ais Kacang

Apam Balik