Ais Kacang

Assalamualaikum semua!

Hari ini saya akan membuat review tentang makanan penyejuk tekak yang sangat sedap.

Ais Kacang

Ais Kacang adalah satu juadah pencuci mulut yang popular di Malaysia. 
Tradisionalnya, Ais Kacang dibuat daripada ais yang dikisar dan dicampur dengan kacang merah. Namun kini, ramuan Ais Kacang juga dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang mambuatkannya berwarna-warni.
Biasanya ia dihidangkan dengan biji sawit, kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim. 
Tambahan terakhir yang melengkapkan juadah ini adalah susu pekat, susu sejat dan/atau santan kelapa yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros. 

Terdapat pelbagai versi Ais Kacang yang boleh didapati di serata Malaysia, dan ada yang menggantikan santan kelapa dengan gula Melaka.

credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Comments

Popular posts from this blog

Kek Lapis Sarawak

Apam Balik