Kek Lapis Sarawak
Assalamualaikum.
Harini saya nak buat review makanan orang Sarawak pula ye.
Ini lah dia kek lapis Sarawak.
Sarawak yang dikenali sebagai negeri Bumi Kenyalang mempunyai pelbagai makanan tradisional. Sarawak terkenal dengan makanan yang bermacam-macam jenis dengan pelbagai rasa. Makanan terkenal yang terdapat di Sarawak adalah seperti kek lapis Sarawak, mee kolok, laksa Sarawak, manok pansoh, mee dawai, umai dan lain-lain lagi. Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan corak kek.
Proses pembuatan kek ni tidak terlalu mudah dan tidak terlalu susah. Saya tak pernah pun buat kek ni.
Saya cuma pernah makan je. Hehe. Tapi bagi sesiapa yang tidak menikmatinya, bolehlah anda semua mencubanya kerana rasanya amat enak hingga menjilat jari. Sesiapa yang mempunyai saudara mara atau sahabat handai yang berasal dari Sarawak, bolehlah anda menempah dengan mereka. Ataupun anda juga boleh membuatnya sendiri. Resepinya hanya berada di hujung jari anda sahaja.
SELAMAT MENCUBA :)
Comments
Post a Comment