Posts

Cendol

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makanan yang saya pilih pada hari ini adalah Cendol. Cendol Untuk pengetahuan semua, Cendol adalah makanan pencuci mulut yang berasal dari Indonesia.  Ramuannya termasuk santan kelapa, jeli hijau yang panjang yang diperbuat daripada tepung beras dan pewarna hijau yang diperbuat daripada daun pandan, ais batu yang dikisar dan gula melaka. Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia.  Sekarang ia juga dihidangkan dengan aneka perisa tambahan seperti kacang merah, cincau, biji jagung dan nasi pulut.  Cara pemakanan baru cendol juga disajikan dengan isi durian dan nangka. Walaupun harga cendol yang disajikan dengan isi durian ini agak mahal, namun rasanya sangat tidak mengecewakan. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Ais Kacang

Image
Assalamualaikum semua! Hari ini saya akan membuat review tentang makanan penyejuk tekak yang sangat sedap. Ais Kacang Ais Kacang adalah satu juadah pencuci mulut yang popular di Malaysia.  Tradisionalnya, Ais Kacang dibuat daripada ais yang dikisar dan dicampur dengan kacang merah. Namun kini, ramuan Ais Kacang juga dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang mambuatkannya berwarna-warni. Biasanya ia dihidangkan dengan biji sawit, kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim.  Tambahan terakhir yang melengkapkan juadah ini adalah susu pekat, susu sejat dan/atau santan kelapa yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros.  Terdapat pelbagai versi Ais Kacang yang boleh didapati di serata Malaysia, dan ada yang menggantikan santan kelapa dengan gula Melaka. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Apam Balik

Image
Assalamualaikum semua.. Pada kali ini saya akan menceritakan tentang makanan yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Apam Balik Apam Balik, juga dikenali sebagai ban jian kuih (penkek yang diterbalikkan), adalah sejenis penkek yang leper dan sangat biasa dijumpai di kawasan Asia Tenggara.  Ia dijual secara meluas di gerai penjaja di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Bahan utama Apam Balik adalah tepung, santan kelapa, air, gula, telur dan soda penaik. Inti tradisional untuk Apam Balik termasuklah kacang yang dikisar dengan gula, kelapa hiris dan jagung manis.  Apa yang paling menarik ialah Apam Balik telah diisytiharkan sebagai makanan warisan oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Roti Canai

Image
Assalamualaikum semua :) Hari ini saya akan membuat review mengenai makanan yang popular untuk sarapan pagi bagi penduduk di Malaysia. Apa lagi kalau bukan.. Roti Canai. Roti Canai adalah sejenis roti leper India yang boleh didapati di kebanyakan kedai mamak di Malaysia. Kedai mamak terkenal dengan makanan India dan dijayakan oleh imigran Tamil Muslim yang telah lama menetap di Malaysia.  Roti Canai juga dikenali sebagai ‘roti terbang’ kerana proses lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Selain itu, Roti Canai juga dikenali sebagai penkek India. Biasanya Roti Canai dihidang bersama dengan kuah kacang dhal, atau aneka jenis kari di kedai mamak seperti kari ikan, kari ayam, kari kambing dan sebagainya. Ia juga boleh dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang menggemari makanan manis. Selain itu, terdapat banyak pilihan Roti Canai lain seperti Roti Telur, Roti Tisu yang nipis, roti bawang, roti telur bawang, roti pisang, roti planta yang sering di...

Yong Tau Fu

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini kita bertemu lagi dengan hidangan yang sedikit berbeza. Pada hari ini saya akan membuat review mengenai Yong Tau Fu. Yong Tau Fu Yong Tau Fu adalah sejenis makanan versi Cina, dimana makanan akan dicucuk dengan kayu kecil dan direndam ke dalam air mendidih atau sup panas sehingga masak. Kemudian ia boleh dinikmati dengan pelbagai pilihan sos. Biasanya ia dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa. Yong Tau Fu boleh didapati di gerai penjaja, pasar malam, medan selera dan di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia. Lok-Lok mengandungi pelbagai ramuan seperti kerang,  sosej, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng. credit to : http://www.tsemrinpoche.com/

Char Kuew Teow

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya akan membuat review mengenai Char Kuew Teow. Char Kuew Teow Char Kuew Teow adalah juadah yang tersohor di dunia yang boleh didapati di Malaysia dan Singapura.  Char Kuew Teow (mee leper) digoreng dengan kepanasan tinggi dengan sedikit kicap soya cair, kicap soya pekat, cili, sedikit pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.  Char Kuew Teow biasanya digoreng bersama dengan telur, potongan sosej, kek ikan, tauge dan lain-lain ramuan.  Hidangannya yang sarat dengan telur, isi kerang dan udang menambah kemanisan makanan ini. Char Kuew Teow dihidangkan di atas daun pisang di dalam pinggan untuk meningkatkan lagi aromanya.  Jadi, tersangatlah rugi bagi sesiapa yang tidak pernah merasai makanan yang lazat ini. Anda mesti mencubanya kerana Char Kuew Teow ini mudah didapati di warung atau restoran. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Kuey Teow Th’ng

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pada hari ini saya akan mengadakan review mengenai makanan traditional cina iaitu.....   Kuey Teow Th'ng Kuey Teow Th’ng atau lebih dikenali sebagai Kuet Teow Sup adalah sejenis makanan tradisional masyarakat Cina, iaitu Kuey Teow yang dihidang dalam mangkuk dengan sup ayam atau sup itik.  Ramuannya termasuk kek ikan, bebola ikan, hirisan daging ayam atau itik, potongan daun bawang, tauge dan disaji dengan sos cili.  Kelazatan juadah tradisional Malaysia ini memang tidak terkata dan terdapat juga versi vegetarian makanan ini. Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang untuk bercuti, anda mesti mencuba Kuey Teow Th’ng yang sangat terkenal dengan kelazatannya. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/