Posts

Showing posts from October, 2017

Cendol

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makanan yang saya pilih pada hari ini adalah Cendol. Cendol Untuk pengetahuan semua, Cendol adalah makanan pencuci mulut yang berasal dari Indonesia.  Ramuannya termasuk santan kelapa, jeli hijau yang panjang yang diperbuat daripada tepung beras dan pewarna hijau yang diperbuat daripada daun pandan, ais batu yang dikisar dan gula melaka. Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia.  Sekarang ia juga dihidangkan dengan aneka perisa tambahan seperti kacang merah, cincau, biji jagung dan nasi pulut.  Cara pemakanan baru cendol juga disajikan dengan isi durian dan nangka. Walaupun harga cendol yang disajikan dengan isi durian ini agak mahal, namun rasanya sangat tidak mengecewakan. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Ais Kacang

Image
Assalamualaikum semua! Hari ini saya akan membuat review tentang makanan penyejuk tekak yang sangat sedap. Ais Kacang Ais Kacang adalah satu juadah pencuci mulut yang popular di Malaysia.  Tradisionalnya, Ais Kacang dibuat daripada ais yang dikisar dan dicampur dengan kacang merah. Namun kini, ramuan Ais Kacang juga dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang mambuatkannya berwarna-warni. Biasanya ia dihidangkan dengan biji sawit, kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim.  Tambahan terakhir yang melengkapkan juadah ini adalah susu pekat, susu sejat dan/atau santan kelapa yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros.  Terdapat pelbagai versi Ais Kacang yang boleh didapati di serata Malaysia, dan ada yang menggantikan santan kelapa dengan gula Melaka. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/

Apam Balik

Image
Assalamualaikum semua.. Pada kali ini saya akan menceritakan tentang makanan yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Apam Balik Apam Balik, juga dikenali sebagai ban jian kuih (penkek yang diterbalikkan), adalah sejenis penkek yang leper dan sangat biasa dijumpai di kawasan Asia Tenggara.  Ia dijual secara meluas di gerai penjaja di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Bahan utama Apam Balik adalah tepung, santan kelapa, air, gula, telur dan soda penaik. Inti tradisional untuk Apam Balik termasuklah kacang yang dikisar dengan gula, kelapa hiris dan jagung manis.  Apa yang paling menarik ialah Apam Balik telah diisytiharkan sebagai makanan warisan oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia. credit to: http://www.tsemrinpoche.com/